Thursday 17 February 2011

RedianzE - Kolagen Halal Terbaik


Penemuan Terkini




KOLAGEN MANA SATU MENJADI PILIHAN?

Assalamualaikum. Kita sering mendengar suplemen kolagen sangat baik bagi menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Terdapat banyak suplemen kolagen, ada yang murah dan tidak kurang juga ada yang mahal dijual di pasaran. Namun ramai masih kurang pasti yang mana satu yang perlu dipilih untuk dijadikan amalan? Apakah badan kita memerlukan kolagen sebagai pemakanan tambahan? Apakah ciri-ciri yang perlu diteliti untuk mendapatkan produk kolagen yang sesuai dan memberikan kesan yang ketara pada kita. Mereka yang agak berumur iaitu 40 tahun ke atas, biasanya mempunyai masalah tentang sendi, ligamen dan yang paling ketara ialah kulit. Contohnya kulit yang sudah tadak anjal dan gebu. Apakah kolagen dapat membantu masalah ini……

K

olagen merupakan satu kandungan yang biasa digunakan sebagai suplemen kecantikan sehinggakan terlalu banyak jenama kolagen berada di pasaran. Ramai juga mungkin pernah mencuba, ada yang berkesan dan tidak kurang juga yang tidak memberikan apa-apa perubahan. Sebelum pergi lebih lanjut, eloklah diterangkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai kolagen. 'Kolla' bermaksud gam di dalam bahasa Latin, sementara 'gen' merupakan singkatan dari agen. Oleh itu kolagen bermaksud agen gam, atau lebih tepat, satu bahan yang melekatkan lebih dari 60 trillion sel yang wujud dalam badan manusia antara satu sama lain. Tidak hairanlah kolagen yang juga sejenis protein, di kategorikan sebagai tisu konektif yang melibatkan lebih 30% dari kandungan protein keseluruhan badan. Pada kulit, 70% terdiri dari kolagen, manakala ligamen dan urat mempunyai komposisi melebihi 85% kolagen. Tulang rawan terdiri dari 60% kolagen sehingga tulang yang keras juga mempunyai kandungan 20% kolagen. Peranan kolagen bukan setakat mengekalkan keanjalan dan kegebuan kulit malah turut mengukuhkan keutuhan struktur organ dalaman agar sentiasa mantap untuk memberikan prestasi yang baik bagi menjaga kesihatan. Sebagai kesimpulan, kolagen amat perting bagi mengekalkan kecantikan dan juga kesihatan.

Kalau badan kita sudah mendapat sokongan dari kolagen, mengapa pula kita perlu mengambil suplemen berasaskan kolagen?

Bermula dari usia 25 tahun, badan manusia kehilangan kolagen pads kadar 1.5% setahun. ini bermakna apabila usia mencecah 50 tahun, hampir separuh dari kandungan kolagen di dalam badan anda sudah tiada lagi. Bayangkan jika kolagen ini diandaikan sebagai tiang kepada rumah, apabila 50% kekuatan tiang sudah tiada lagi, rumah ini seperti menunggu masa untuk roboh.

Apabila mencecah usia 40an, bukan sahaja badan manusia kehilangan kolagen, akan tetapi kadar badan anda menghasilkan kolagen pun semakin berkurangan. Tidak hairanlah ketika ini, kedutan dan kenduran kulit semakin menjadi-jadi akibat kekurangan kolagen yang menyokong keanjalan kulit.

Akibat kekurangan kolagen, penyakit kemerosotan diri semakin menjadi, kecantikan semakin pudar, kesihatan semakin terjejas. Inilah sebab utama, kita perlu memastikan badan kita mendapat bekalan kolagen yang mencukupi supaya ianya yang merupakan bahan bina bagi kecantikan dan kesihatan diri dapat ditingkatkan. la bukan sahaja menghindari anda dari penyakit dan memelihara kecantikan seseorang, yang paling penting pengambilan kolagen dapat memberikan kualiti kepada kehidupan si pengamalnya.

Setelah memahami kepentingan membekalkan kolagen, persoalan seterusnya, apakah ciri-ciri kolagen yang paling baik untuk diamalkan? Ada 3 ciri yang anda perlu lihat iaitu sumber kolagen, saiz kolagen dan jumlah pengambilan kolagen sehari.

Sumber Kolagen

Sebenarnya terdapat lebih dari 20 jenis kolagen kesemuanya di dalam badan manusia. Jenis 1 dan 3 penting untuk kulit, jenis 2 untuk sendi dan tulang manakala jenis 7 untuk organ dalaman. Jika anda makan kolagen dari sumber lembu (bovine collagen), ia cuma membekalkan kolagen jenis 2 yang hanya bagus untuk sendi dan bukan untuk kecantikan. Oleh itu, penting untuk dapatkan kolagen dari sumber yang dapat membekalkan badan dengan jenis kolagen 1,2,3 dan 7 yang sesuai untuk memelihara kecantikan kulit, keutuhan sendi dan kesihatan dalaman.

Jumlah pengambilan kolagen setiap hari

Untuk mendapatkan produk kolagen yang efektif, anda perlu meneliti kandungan kolagen yang dicampur dalam setiap hidangan. Badan manusia memerlukan 4 hingga 5 gram kolagen setiap hari bagi membekalkan bahan bina yang mencukupi untuk kegunaan badan.

Untuk mengatasi masalah yang mengalami warna kulit muka yang tidak sekata dan jeragat, anda syorkan supaya mengamalkan produk REDIANZE. Penggunaannya mudah kerana cuma perlu mengambil 1 sachet sehari sahaja. la tidak hanyir seperti sesetengah produk kolagen lain di pasaran, malah rasanya seperti jus pic yang lazat untuk diminum.